Pages

Wednesday, February 22, 2012

NADWAH ISLAMIAH 2012.....



Perhatian buat sekalian pelajar Kolej MARA Kulim!

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kolej MARA Kulim akan menyertai Nadwah Islamiah, Institusi Pendidikan MARA ( IPMa ) SeMalaysia 2012 yang akan diadakan pada 8 hingga 11 Mac 2012 di Kolej MARA Banting, Selangor. Senarai acara yang dipertandingkan berserta pensyarah yang bertindak sebagai pengurus bagi kontinjen KMK adalah seperti berikut :

BIL

ACARA

PENSYARAH / PENGURUS

01.

Imam Muda (Khutbah), (1 orang )

Ustaz Zuralmajdi

02.

Imam Muda (Azan dan Bacaan Al-Fatihah), ( 2 orang )

Ustaz Yuswani Effendy

03.

Nasyid ( 7-10 orang )

Pn. Nor Azimah

04.

Syarahan Bahasa Melayu ( 1 orang )

Pn. Khairiah

05.

Memasak ( 5-10 orang )

Pn. Norriah

06.

Dokumentari ( 5 orang )

En. Awis Al-Kharni

Sehubungan dengan itu, kepada sekalian pelajar yang berminat untuk menyertai dan mewakili kolej dalam mana-mana acara, sila berjumpa dengan pensyarah / pengurus seperti yang tercatat di atas. Atau anda boleh berjumpa dengan Penyelaras / Ketua Kontinjen, Ustazah Noraminah bt. Othman ( 013-5150114 ) dan Ustaz Yuswani Effendy bin Yusof ( 017-5156296 ) di bilik Jabatan Sains Sosial.

Semoga kita menyertainya dengan semangat juang yang tinggi untuk agama, bangsa dan negara, demi mencari redha Ilahi. Harap maklum.

` Rasulullah Qudwah Remaja Kini ’

No comments:

Post a Comment