Pages

Sunday, August 19, 2018

Wednesday, March 7, 2012

Ceramah Agama.....

Assalamualaikum wbt....
Makluman kepada seluruh warga guru, kakitangan dan pelajar Kolej MARA Kulim, pihak Biro Kerohanian MPP akan menganjurkan ceramah bertajuk : Konsep Ikhtilat yang diadakan seperti masa yang berikut :
Tarikh : 9 Feb 2012
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Utama, KMK
Penyampai : Al-Fadhilah Ustazah Fatimah Syarha bt. Mohd Noordin ( Penulis Novel Tautan hati )
Diharapkan kerjasama daripada semua warga KMK agar dapat sama-sama kita menghadirkan diri dalam majlis ilmu ini dalam menambahkan pengetahuan dan thaqafah Islamiah.

Sunday, March 4, 2012

BAYARAN YURAN BULANAN KKA





Assalamualaikum wbt…..

Makluman buat semua Ahli Kelab Kakitangan Akademik (KKA), kutipan untuk bayaran yuran bulanan sedang giat dijalankan, oleh itu diminta jasa baik semua ahli agar sama-sama dapat menunaikan tanggungjawab menjelaskan yuran bulanan tersebut bagi menggerakkan lagi aktiviti-aktiviti dan jentera KKA yang sama-sama kita dokongi dan sayangi ini. Mudah-mudahan segala amalan yang kita sama-sama lakukan ini diterima sebagai satu ibadah oleh yang Maha Esa.

Sila hubungi dan bayar kepada wakil KKA ini :

JABATAN SAINS SOSIAL

CIK SITI AISHAH BT. JOHARI

UNIT KIMIA

CIK YUZAILA BT. MUHAMMAD YUNUS

UNIT FIZIK

PN. SITI ZULAIKHA BT. ZAKARIA

UNIT BIOLOGI

PN. ZETTY SHEREEN BT. ABU BAKAR

JABATAN MATEMATIK

MARZILAH BT. OMAR

JABATAN BAHASA

EN. MUKRI BIN MD. ISA

Jazakallahu Khairan Kathir….

Kelab kakitangan Akademik (KKA), KMK

Thursday, March 1, 2012

Multaqa Nuqaba' Wannaqibat.....


Assalamualaikum wbt....
Makluman buat semua naqib dan naqibah KMK. Pihak Urusetia Usrah KMK akan mengadakan perjumpaan bulanan pada waktu yang berikut :
Tarikh : 4 Mac 2012
Hari : Ahad (lepas solat maghrib)
Tempat : Bilik 308
Disampaikan oleh : Ustaz Yuswani Effendy bin Yusof
Kerjasama daripada semua naqib dan naqibah agar dapat menghadirkan diri pada masa yang telah di tetapkan. Kehadiran adalah wajib.
Anjuran, Urusetia Usrah Kolej MARA Kulim.

Wednesday, February 29, 2012

Pertunjukan Pra-Persediaan Kontinjen Nadwah Islamiah KM Kulim....


Assalamualaikum wbt...
Makluman buat semua peserta kontinjen Nadwah Islamiah KM Kulim yang akan bertandang ke KM Banting, anda semua dikehendaki membuat persiapan yang sewajarnya menjelang pertandingan tersebut. Oleh itu, pihak penyelaras kontinjen akan mengadakan pertunjukan pra-persediaan kontinjen pada masa berikut :
Tarikh : 6 Mac 2012
Hari : Selasa (lepas solat asar)
Tempat : Dewan Besar KMK
Diharapkan kerjasama semua peserta kontinjen dalam menjayakan persembahan tersebut nanti. Wallahualam.

Tuesday, February 28, 2012

Kuliah Maghrib....


Assalamualaikum wbt......
Makluman buat semua pelajar Kolej MARA Kulim. Unit Pendidikan Islam, KMK akan menganjurkan kuliah maghrib yang akan dijalankan seperti berikut :
Tarikh : 28 Feb 2012
Hari : Selasa (lepas maghrib)
Tempat : Surau KMK
Penyampai : Us. Zuralmajdi bin Omar (Pensyarah Bahasa Arab, UMK)
Kerjasama semua pelajar agar dapat sama-sama menghadirkan diri dalam majlis ilmu ini nanti. Wallahualam.

Wednesday, February 22, 2012

NADWAH ISLAMIAH 2012.....



Perhatian buat sekalian pelajar Kolej MARA Kulim!

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kolej MARA Kulim akan menyertai Nadwah Islamiah, Institusi Pendidikan MARA ( IPMa ) SeMalaysia 2012 yang akan diadakan pada 8 hingga 11 Mac 2012 di Kolej MARA Banting, Selangor. Senarai acara yang dipertandingkan berserta pensyarah yang bertindak sebagai pengurus bagi kontinjen KMK adalah seperti berikut :

BIL

ACARA

PENSYARAH / PENGURUS

01.

Imam Muda (Khutbah), (1 orang )

Ustaz Zuralmajdi

02.

Imam Muda (Azan dan Bacaan Al-Fatihah), ( 2 orang )

Ustaz Yuswani Effendy

03.

Nasyid ( 7-10 orang )

Pn. Nor Azimah

04.

Syarahan Bahasa Melayu ( 1 orang )

Pn. Khairiah

05.

Memasak ( 5-10 orang )

Pn. Norriah

06.

Dokumentari ( 5 orang )

En. Awis Al-Kharni

Sehubungan dengan itu, kepada sekalian pelajar yang berminat untuk menyertai dan mewakili kolej dalam mana-mana acara, sila berjumpa dengan pensyarah / pengurus seperti yang tercatat di atas. Atau anda boleh berjumpa dengan Penyelaras / Ketua Kontinjen, Ustazah Noraminah bt. Othman ( 013-5150114 ) dan Ustaz Yuswani Effendy bin Yusof ( 017-5156296 ) di bilik Jabatan Sains Sosial.

Semoga kita menyertainya dengan semangat juang yang tinggi untuk agama, bangsa dan negara, demi mencari redha Ilahi. Harap maklum.

` Rasulullah Qudwah Remaja Kini ’